Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Perkhidmatan Teknikal Bahagian Pembangunan Strategik kementerian itu, Dr. Alias Rameli berkata, bahan pembuatan produk tersebut adalah berasaskan bahan yang tidak mengandungi kimia.

“Perkara ini telah dikaji secara terperinci mengikut piawaian yang ditetapkan dan didapati sesuai digunakan bagi tujuan tersebut.

“Tambahan pula, meskipun ia diperbuat daripada bahan bukan plastik, tetapi ia mampu bertahan bagi penggunaan bahan cecair dalam makanan sehingga tempoh enam jam,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE