Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd. Zulkurnain Che Ali berkata, projek berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada perusahaan kecil dan sederhana di kawasan tersebut berhubung pembungkusan Green-Blue (GB).

“Projek ini merupakan satu usaha MPSJ bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan SIRIM bagi membentuk Pelan Tindakan Bandar Hijau MPSJ 2030 selain memperkenalkan inisiatif hijau kepada masyarakat.

“Di bawah inisiatif terbaharu ini, loji sistem pencernaan turut diperkenalkan bagi tujuan merawat pembungkusan GB bersama sisa makanan untuk menghasilkan biogas dan biobaja,” katanya ketika berucap melancarkan projek berkenaan hari ini. - UTUSAN ONLINE