Prasarana dalam satu kenyataan memaklumkan, rombakan dalam pengurusan tersebut adalah berikutan penyertaan Datuk Ir. Zohari Sulaiman bersama Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) yang dilantik selaku Ketua Projek MRT Jajaran Ketiga (MRT3).

Katanya, jawatan terdahulu yang disandang Muhammad Isom sebagai Ketua Pegawai Operasi MRT Sungai Buloh - Kajang (MRT SBK) akan diisi Abdul Hadi Amran yang merupakan Ketua Pegawai Operasi Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang dan Sri Petaling sebelum ini.

“Dengan pelantikan itu, kedudukan Abdul Hadi pula akan diisi oleh Mohd. Ariffin Idris yang sebelum ini adalah Ketua Pegawai Operasi KL Monorel.

“Sementara itu, kekosongan dalam KL Monorel itu diisi Azmi Mohd. Zain yang dinaikkan pangkat daripada Ketua Operasi MRT SBK dan sekali gus jawatan lamanya itu disandang Sofiah Hussien yang merupakan Ketua Pusat Kawalan Operasi Talian MRT SBK,” katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE