Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perkhid­matan Bandar PPj, Mohd. Ali Jusoh berkata, pihaknya sentiasa me-lakukan pemantauan dari semasa ke semasa untuk mengesan kereta yang di-tinggalkan.

Beliau berkata, pemilik yang didapat bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 46, Halangan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“PPj akan memberi notis kepada pemilik terlebih dahulu dan sekiranya diabaikan tindakan tunda akan diambil di bawah Seksyen 46(3)(a) ke depoh simpanan di Presint 20.

“Untuk tahun lalu, sebanyak 44 buah kereta terbiar ditunda manakala tahun ini sebanyak sembilan buah. Itu hanya melibatkan kawasan parkir awam,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Difahamkan, sebarang tindakan di kawasan parkir kuarters penjawat awam melibatkan kereta terbiar terletak di bawah bidang kuasa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Mohd. Ali, PPj hanya akan menunda kereta di parkir kuarters penjawat awam selepas mendapat permintaan daripada BPH namun, dengan syarat segala notis dan laporan polis diselesaikan dahulu.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, kereta yang ditunda ke depoh simpanan di Presint 20 akan disimpan dalam tempoh tertentu dan pemilik akan diberikan notis agar menuntut kereta ma-sing-masing.

“Selepas tiga notis diberikan dan kereta masih tidak dituntut, PPj dengan klausa dan peraturan di bawah Seksyen 116 boleh membuat pelupusan dengan melelong kenderaan terbabit atau kaedah yang diputuskan oleh PPj,” katanya.