Operasi Vulture dijalankan JSJK Bukit Aman dengan bantuan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit Aman itu membawa kepada penahanan 27 lelaki dan empat wanita yang berusia antara 23 dan 40 tahun di sekitar negeri Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kedah dan Melaka.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kebanyakan daripada suspek yang ditahan berperanan sebagai pengutip wang pinjaman di negeri masing-masing.

“Kita juga merampas wang tunai berjumlah RM25,850, 16 buah kenderaan pelbagai jenis, 17 telefon bimbit, barang kemas, empat utas jam tangan berjenama, 38 kad pengeluaran automatik (ATM) milik peminjam, 14 buku akaun simpanan lapan buku cek dan 10 unit komputer riba.

“Selain itu, dua buah rumah milik sindiket di Nilai, Negeri Sembilan turut disita dan kesemua barang rampasan setakat ini dianggarkan berjumlah RM1.3 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE