Penduduk mendakwa kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjaga dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bukan sahaja mengundang bahaya, tetapi juga menyebabkan kehilangan harta benda.

Tinjauan Utusan Malaysia di Jalan Semerah Padi, Cheras dan hadapan Perumahan Cheras Ria mendapati sebahagian dahan pokok berusia sudah lentur dan mencecah bahagian tepi jalan kerana sudah panjang dan berat.

Berdasarkan pemerhatian laluan sepanjang jalan di situ juga ditutupi dahan dan ranting pokok. Walaupun bersaiz kecil, tindakan segera perlu diambil bagi menge­lakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Penduduk mendakwa, kebim­bangan mereka semakin dira­sai ketika musim hujan dan angin kencang kerana ia boleh me­nyebabkan dahan pokok patah dan menghempap pejalan kaki dan kenderaan.

Beberapa gerai yang berope­rasi di tepi jalan turut rosak termasuk bumbung yang terpaksa ditukar beberapa kali.

Selain itu, ibu bapa turut me­la­hirkan rasa bimbang dengan ke­­selamatan anak-anak memandangkan jalan itu merupakan tempat kanak-kanak menunggu van untuk pergi dan balik dari sekolah.

Sehubungan itu DBKL diminta lebih peka serta mengambi langkah awal bagi menangani masalah ini.