Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PM serah kunci PA 1Razak Mansion esok

KEDIAMAN baharu  1Razak Mansion,  Kuala Lumpur lebih selesa dan 4
KEDIAMAN baharu 1Razak Mansion, Kuala Lumpur lebih selesa dan kondusif.

KUALA LUMPUR 14 Mac - Kejayaan projek pembangunan semula Perumahan Awam (PA) Razak Mansion di Sungai Besi, di sini menjadi simbol kepada bukti kerajaan yang prihatin dan memahami kehendak rakyat.

Majlis Penyerahan Kunci 1Razak Mansion yang akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok merupakan hari yang ditunggu-tunggukan khusus buat penduduk di kawasan perumahan berkenaan.

Salah seorang penduduk, Zainab Hashim, 65, berkata, dia berasa terharu dan gembira serta menyambut baik usaha tersebut demi kelangsungan hidup masyarakat yang lebih sempurna.

“Saban hari saya melihat pergerakan projek pembangunan itu dan akhirnya, ia terlaksana juga. Sudah pasti, bukan saya sahaja yang seronok dan tidak sabar untuk menetap di kawasan rumah moden itu, tetapi perkara ini dinanti semua penduduk,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain