Sambil meluahkan rasa kesal dengan tindakan itu, Perdana Menteri berkata, tindakan penularan berita palsu tersebut berniat jahat yang bertujuan menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.

“Satu lagi berita palsu disebarkan pembangkang dengan niat jahat menimbulkan kebencian kepada kerajaan, kali ini mengenai VEP untuk kenderaan luar masuk Malaysia.

“Sampai bila mereka nak menipu rakyat? Sudah-sudahlah #fakenews,” kata Perdana Menteri menerusi akaun Facebook miliknya, hari ini.

Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi satu kenyataan hari ini menafikan berita tular mengenai pelaksanaan VEP yang dikatakan berkuat kuasa 1 Mei ini bagi kenderaan asing yang masuk ke negara ini.

Menurut JPJ, ia masih lagi di peringkat ujian dan pengesahan sistem bagi memastikan kestabilan dan kesempurnaan sistem sebelum penguatkuasaan sepenuhnya dilaksanakan. - UTUSAN ONLINE