Pengerusinya, Datuk Affendi Zahari berkata, bantuan yang merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat itu diberikan kepada 18 penerima daripada wakil masjid, surau, persatuan dan kawasan rukun tetangga (KRT) di Kampung Baru.

“Sumbangan ini dilaksanakan secara tahunan sejak penubuhan PKB lima tahun lalu. Diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban dan meningkatkan semangat untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha,” katanya ketika berucap pada Majlis Agihan Sumbangan PKB sempena Sambutan Aidiladha di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE