LIM GUAN ENG

Menurut Guan Eng, terdapat banyak aduan berhubung kesukaran untuk mendapatkan pinjaman walaupun bank-bank mencatatkan keuntungan yang besar dengan sebahagiannya meraih keuntungan paling tinggi dalam sejarah mereka pada tahun lalu.

“Kami ingin meminta bank-bank agar lebih fleksibel dalam pemberian pinjaman kerana kami menerima banyak aduan mengenai perkara ini.

“Jadi, saya rasa sudah sampai masanya bagi anda untuk mula memberikan pinjaman melainkan anda lebih suka cukai durian runtuh (windfall tax),” katanya dalam ucaptama beliau pada forum pasaran modal Invest Malaysia 2019, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Guan Eng berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk memperkenalkan cukai baharu selain apa yang telah diumumkan semasa Belanjawan 2019.

“Saya fikir ia sepatutnya berita yang positif bagi komuniti perniagaan. Terdapat banyak minat terhadap cukai dan sudah tentunya kami sedang memperhalusi pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST),” katanya. -BERNAMA