Jurujualnya, Shah Adam, 30, berkata, kemunculan wangian bersama logo parti keramat tersebut adalah satu inisiatif Ketua Pemuda Bahagian Selayang sendiri.


“Sebenarnya ini adalah usaha Ketua Pemuda kami untuk mengumpul dan menambah dana tabung pemuda bagi memudahkan apa-apa aktiviti seperti mesyuarat dan lain-lain.


“Kami dah buka gerai sejak dua hari lepas, syukur produk ini mendapat sambutan baik dan insha-Allah hari ni makin laku sebab hari ni orang makin ramai,”katanya ketika ditemui di tapak jualan Persidangan UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.


Produk wangian ini boleh didapati di gerai bernombor 45, oyang akan dibuka sehingga tamat persidangan esok.


Tambah Adam, wangian kenderaan itu tampil dengan 19 jenis bau berbeza-beza dan hanya dijual dengan harga RM10. - UTUSAN ONLINE