Individu tersebut ialah Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony, 46, mempunyai alamat terakhir di House No. 20, Taman Cantek Phase 4, Lorong Bunga Dahlia 3, Kota Kinabalu, Sabah.

Seorang lagi individu dikenali sebagai Michael Persius Ubu, 61, yang mempunyai alamat terakhir di Lot 8-G, Lorong Rainfield 1, Taman Rainfield, Kota Kinabalu.

Kedua-duanya diberi tempoh selama 48 jam untuk menyerah diri di Pejabat SPRM Negeri Sabah bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh pasukan penyiasat.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi Penolong Kanan Penguasa, Mohd. Tharuzi Mohd. Nor di talian 013-9557850. - UTUSAN ONLINE