Menerusi satu catatan di laman web www.klibf.my, acara tahunan yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 9 malam itu akan berlangsung selama 10 hari bermula 29 Mac ini.

Katanya, penganjuran PBAKL yang dimulakan sejak 1981 itu berjaya mencatat lebih dua juta pengunjung sejak 2013.

“Kejayaan ini didorong oleh lokasi yang strategik untuk pencinta buku mendapatkan pelbagai bahan bacaan sama ada dalam terbitan lama mahu pun baru.

“Selain itu, pelbagai program dilaksanakan oleh syarikat penerbitan buku di seluruh rantau ini yang merancakkan lagi sambutan dan kemeriahan PBAKL,” katanya.

Selain pelancaran buku, penganjuran seminar dan konvensyen juga menjadi sebahagian daripada pengisian sepanjang acara itu berlangsung. - UTUSAN ONLINE