Itu penegasan Datuk Ban­dar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz ketika mengulas mengenai pesalah trafik yang gagal melunaskan kompaun tertunggak selepas tem­poh tawaran berakhir pada 31 Jun lalu.

Menurutnya, Dewan Ban­da­raya Kuala Lumpur (DBKL) tetap de­ngan keputusan membawa mereka ke mahkamah tanpa ada sebarang kompromi.

“Sebelum ini, tarikh akhir tawaran diskaun bagi bayaran kompaun adalah pada 28 Februari dan keputusan untuk melanjutkan tempoh itu bagi memberi peluang kepada pesalah trafik.

“Sewajarnya mereka memanfaatkan tempoh tawaran tersebut dengan membuat bayaran di mana-mana kaunter disediakan atau secara dalam talian. Namun masih ada yang berdegil dan enggan berbuat demikian,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubu­ngi di sini.

Mhd. Nordin berkata, pihak berkuasa tempatan itu tidak menolak kemungkinan akan melanjutkan sekali lagi tawaran kadar khas itu sekiranya terdapat permintaan da-ripada orang ramai.

“Cadangan itu ba­gaimanapun masih belum diputuskan dan akan diteliti bagi memberi peluang dan ruang sekali lagi kepada pesalah trafik,” katanya.

Sebelum ini Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL Fadzilah Abd Rashid dalam satu kenyataan memaklumkan, 2.5 juta notis kompaun kesalahan trafik DBKL masih belum dijelaskan oleh orang awam setakat 31 Mei lepas.

Berdasarkan tinjauan Utusan Malaysia, lupa, tidak mempunyai masa dan tidak mempunyai wang antara alasan yang diberikan pesalah trafik tegar.