Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Peruntukan RM1.3j untuk flat kos rendah, sederhana di Putra Perdana

Noh OMAR (kanan) berucap pada sesi dialog bersama penduduk dalam 2
NOH OMAR (kanan) berucap pada sesi dialog bersama penduduk dalam majlis Ramah Mesra Menteri Bersama Penduduk Taman Putra Perdana, Dengkil, Selangor, malam kelmarin. UTUSAN/ Farid Janudin

KUALA LUMPUR 20 April – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan peruntukan sebanyak RM1.3 juta untuk penambahbaikan rumah pangsa kos rendah dan sederhana di kawasan Putra Perdana, Dengkil.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau berharap projek penambahbaikan tersebut dapat dijalankan segera untuk kemudahan penduduk di kawasan tersebut.

“Bantuan ini juga bagi me­nyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat di kawasan bandar terutamanya penduduk di kawasan rumah pangsa kos rendah dan sederhana,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Ramah Mesra Menteri Bersama Penduduk Taman Putra Perdana dekat sini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Sharif dan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Marsum Paing.

Dalam majlis tersebut, Noh turut meluangkan masa berdialog selama satu jam bersama hampir 1,000 penduduk yang hadir.

Sementara itu, beliau membe-ritahu, upacara pecah tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dengkil dijangka dilakukan pada bulan depan.

“Pada masa ini projek tersebut dalam proses tender terbuka dan dijangka dimulakan pada bulan Mei ini,” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain