Reunion SIGS Johor Bahru

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur SIGS Reunion, Sabariah Mohd. Sofian berkata, majlis tersebut akan diadakan pada 16 Disember depan di Hotel Grand Bluewave, Johor Bahru.

“Majlis ini bertujuan untuk berbakti kepada sekolah dengan mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan kebanyakan bekas pelajar ini telah berkawan sejak 35 tahun lalu.

“Buat masa ini, seramai 120 orang dijangka hadir termasuk mereka yang menetap di luar negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sabariah berkata, selain itu, penganjuran majlis ini juga adalah untuk menyediakan ruang mengukuhkan silaturahim serta memberi sokongan terutama dalam bidang kerjaya masing-masing.

Tambahnya, majlis juga dijayakan dengan hasrat memberi penghargaan terhadap jasa para guru yang telah banyak menyumbang bakti mengajarkan ilmu ketika pelajar-pelajar masih di bangku sekolah.

“Mereka yang ingin menghadiri majlis hendaklah membeli tiket sebelum 15 Oktober ini kerana tempat adalah terhad dan bayaran sejumlah RM80 seorang akan disumbangkan kepada derma untuk PIBG SIGS,” katanya.

Bagaimanapun sekiranya ada pihak yang mahu menyumbangkan dana boleh menyalurkan ke akaun Malayan Banking (Maybank) bernombor 1-1222-2179-340 atas nama Zuriyaton Maswati Haron yang boleh dihubungi di 012-7762219 selain pemakluman kepada Hazlina di talian 018-3206302. - UTUSAN ONLINE