Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Zaharudin Basiron berkata, seramai 1,000 peserta dijangka menyertai program buat kali keenam itu dengan hadiah keseluruhan ditawarkan berjumlah RM16,000.

Katanya, yuran penyertaan dikenakan RM30 seorang dan pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan pada Sabtu ini dari pukul 3 petang hingga 10 malam.

“Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman facebook: jorankl atau menghubungi urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 dan 012-2846811,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. - UTUSAN ONLINE