Laluan sepanjang 1.7 kilometer dengan kos RM62 juta yang dibiayai tujuh pemaju itu akan menjadi nadi kepada pembangunan lebih pesat terutamanya pembukaan kawasan baharu seperti Kajang 2, Nadayu 2 dan Tropicana Heights di sini.

Persimpangan bertingkat baharu merentasi Jalan Reko itu juga bakal menjadi akses utama kepada lebih 50,000 penduduk selain menjadi alternatif kepada jalan sedia ada yang sesak kerana terpaksa berkongsi laluan dengan landasan kereta api.

Majlis Perasmian Persimpangan Bertingkat (Bandar Baru Bangi-Kajang 2-Bandar Teknologi Kajang) itu disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE