Acara melibatkan komuniti setempat itu merupakan projek khas dalam takwim sambutan Festival Seni Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIAF 2018) yang berlangsung sepanjang bulan ini.

Ketua Projek Hari Seni @ PA Seri Tioman, Nurhanani Md Husaini berkata, sejak awal bulan lagi persiapan giat dilaksanakan secara gotong-royong bersama penduduk setempat.

Katanya, bengkel seni yang dikendalikan oleh tenaga pengajar luar seperti kelas tarian dan teater turut mendapat sambutan baik daripada penduduk terutamanya kanak-kanak.

“Antara acara yang bakal dipersembahkan pada Sabtu depan adalah pementasan teater komuniti, tarian, pengucapan awam serta tayang wayang pacak filem Adiwiraku,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam..

Penganjuran program yang masuk tahun ketiga itu dengan tema ‘KL Diversecity’ itu mengetengahkan pelbagai cabang seni yang mencerminkan warna-warni budaya masyarakat kota. - UTUSAN ONLINE