Menurut kenyataan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di laman web rasminya, program yang akan berlangsung pada pukul 8.30 malam itu bertemakan Perpaduan Melalui Seni Budaya.

“Orang ramai yang berminat untuk menonton persembahan berkenaan boleh mendapatkan tiket dengan harga yang berpatutan iaitu RM 20 bagi tempat biasa manakala RM50 untuk VVIP.

“Selain itu, pihak kami akan memberi diskaun sebanyak 50 peratus kepada pelajar, warga emas dan orang kurang upaya,” menurut laman web tersebut.

Untuk mendapatkan tiket, orang ramai boleh menghubungi talian 018-3565363 (Unique) atau 03-26148200 (JKKN). - UTUSAN ONLINE