Kontinjen itu meraih lapan pingat emas dan dua perak sekali gus menewaskan 13 pencabar lain yang mewakili pasukan perpustakaan awam negeri masing-masing.

Naib juara disandang kontinjen Perpustakaan Negeri Sarawak dengan dua pingat emas, dua perak dan enam gangsa manakala Perbadanan Perpustakaan Awam Johor di tempat ketiga dengan satu pingat emas, satu perak dan empat gangsa.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, program itu menjadi landasan penting dalam mengeratkan hubungan selain medan berkongsi idea dalam usaha memperkasakan perkhidmatan perpustakaan di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan SPASM ke-22 di sini, semalam.