Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, program ini merupakan satu inisiatif untuk membentuk masyarakat ke arah minat membaca selama 10 minit sehari serta meningkatkan ilmu pengetahuan.

“Objektif program adalah menjadikan perpustakaan tempat untuk menimba ilmu selepas waktu persekolahan, mewujudkan kerjasama cekap antara 13 perpustakaan awam negeri seluruh Malaysia dengan pihak Jabatan Pelajaran dan agensi lain di peringkat negeri dan nasional sekali gus melahirkan generasi mencintai ilmu,” katanya semasa merasmikan majlis berkenaan di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Eksekutif Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mahadi Che Ngah, Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL, Datuk Mustafa Mohd Nor dan Pengerusi Lembaga Penasihat Perpustakaan Kuala Lumpur, Tan Sri Mat Shah Safuan. - UTUSAN ONLINE