MBPJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pemohon boleh mengakses permohonan pada bila-bila masa dalam tempoh 10 hari di pautan elesen.mbpj.gov.my.

“Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 September ini. MBPJ juga menyediakan kaunter bantuan permohonan dalam talian di Lobi Menara MBPJ bermula 12 hingga 14 September dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

“Pemohon permit tapak diingatkan supaya membawa salinan kad pengenalan, gambar berukuran pasport dan salinan bil elektrik atau bil air,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, MBPJ memperuntukkan sebanyak 56 petak daripada tiga lokasi Bazar Deepavali di sekitar Petaling Jaya.

“Tiga lokasi berkenaan ialah di Jalan SS9A/13 Sungei Way 18, Pasar Jalan Othman 18 dan Jalan PJU 10/3A Damansara Damai 20,” katanya. - UTUSAN ONLINE