berikutan terdapat permintaan tinggi daripada ibu bapa.

Penyandang kerusi Parlimen berkenaan, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, selain kekurangan lokasi untuk menyediakan kemudahan itu,

ketidakmampuan ibu bapa menghantar anak ke taska swasta berikutan yuran tinggi yang dikenakan menjadi faktor utama.

“Permintaan untuk taska kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun sangat tinggi ketika ini. Buat masa ini hanya 15 buah taska yang

diusahakan oleh Kemas.

“Jika kerajaan dapat membantu menyediakan kemudahan ini, ia sekali gus dapat mengurangkan tekanan ibu bapa yang terpaksa menanggung kos

tinggi menghantar anak-anak ke taska swasta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis makan malam bersama keluarga Tabika

Kemas Setiawangsa di sini semalam.

Yang turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad.

Tambah Ahmad Fauzi, buat masa ini kerajaan telah menyediakan Tabika Transit Kemas di Putrajaya yang beroperasi dari pukul 1 hingga 5.30

petang sebagai projek perintis.

“Sekiranya tabika transit berjaya, ia akan diperluaskan. Pihak Kemas telah memperuntukkan untuk menyediakan taska di Setiawangsa, namun

kita kekurangan lokasi Sebagai contoh, ia boleh dilaksanakan di Projek Perumahan Rakyat jika terdapat kekosongan,” katanya.

Tambahnya, sehingga hari ini terdapat kira-kira 1,100 murid berusia empat hingga enam tahun menerima manfaat daripada 48 tabika yang

beroperasi di parlimen itu, manakala 80 kanak-kanak berusia dua hingga tujuh tahun di 15 taska. - UTUSAN ONLINE