Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata, masalah sedemikian lebih mudah diselesaikan menerusi aduan dan makluman yang disalurkan menerusi saluran disediakan.

Beliau memberitahu, laluan untuk OKU sememangnya tidak boleh diletakkan apa-apa jenis struktur sehingga menyusahkan golongan tersebut untuk ke destinasi.

“Kita yakin peniaga yang melanggar undang-undang itu tidak mempunyai lesen dan berniaga secara haram. Sekiranya didapati bersalah, tindakan menyita gerai akan dibuat mengikut Undang-Undang Kecil 3 (1) Perlesenan Penjaja dan Gerai (Wilayah Persekutuan).

“Oleh itu, saya sangat berharap masyarakat dapat sama-sama membantu pihak berkuasa tempatan dalam memastikan hak OKU tidak disalahgunakan oleh sesete­ngah pihak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Ibrahim Yusoff, pihaknya tidak meletakkan papan tanda kawasan lara­ngan berniaga dan meletak motosikal kerana tidak sesuai.

“Orang ramai sepatutnya peka dan tahu perkara tersebut. Kita hanya meletakkan papan tanda itu di tempat yang berpotensi untuk peniaga berniaga,” katanya lagi.