Pameran yang berkisar tentang subjek identiti, kepunyaan, sejarah persempadanan dan politik sosial itu menampilkan 17 pelukis yang berbakat seluruh negara antaranya dari Jepun, Laos, dan Filipina.

Ketua Pengarah LPSVN, Datuk Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa berkata, tujuan pameran tersebut hanya satu iaitu perkongsian pengalaman dengan negara luar.

“Contohnya, Jepun sangat terkenal dengan kecanggihan teknologi seperti mana yang mereka gunakan ketika pameran itu namun masih mengekalkan unsur-unsur kesenian silam.

“Perkara sebeginilah yang ingin diterapkan dalam masyarakat kita yang semakin banyak menerima budaya dari luar,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Orang ramai yang berminat boleh mengunjungi pameran berkenaan pada 24 Februari hingga 23 April ini dan kemasukan adalah percuma.-UTUSAN ONLINE