KTM Berhad dalam satu kenyataan di sini semalam berkata, tempoh masa kembali pulih itu berjaya diperoleh dua hari lebih awal dari jangkaan iaitu pada 3 Disember.

“Perkhidmatan tren terganggu berikutan kegelinciran 12 tren gerabak karbo yang membuat perjalanan menuju arah selatan di km 386.00 antara laluan stesen Bank Negara ke stesen Kuala Lumpur pada pukul 2.58 pagi, 23 November lalu.

“Insiden itu menyebabkan kedua-dua landasan keretapi terpaksa ditutup sementara antara di antara laluan stesen Kepong - stesen KL Sentral bagi memberi laluan kepada kerja-kerja baik pulih dijalankan,” katanya. - UTUSAN ONLINE