Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan, bagi memudahkan pergerakan penumpang pihaknya menyediakan perkhidmatan bas perantara T400 (Cochrane–Bandar Tun Razak) yang boleh dinaiki dari Stesen MRT Cochrane.

“Bas perantara mempunyai hentian khusus di stadium itu tanpa memerlukan orang ramai mengharungi kesesakan lalu lintas dan kesukaran mencari tempat meletak kenderaan.

“Bagi pengguna LRT pula, penumpang hanya perlu ke Stesen LRT Maluri yang dihubungkan dengan Stesen MRT Maluri yang turut menyediakan perkhidmatan bas perantara,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini.

Prasarana juga menasihatkan orang ramai menggunakan kemudahan Park n Ride yang disediakan di stesen MRT dan LRT terpilih untuk meletak kenderaan sebelum meneruskan perjalanan menaiki tren. - UTUSAN ONLINE