Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) memaklumkan, penutupan itu akan bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi setiap hari hingga 13 September ini.

“Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd, pemegang konsesi bagi Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) giat melaksanakan penutupan tersebut.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi arahan kakitangan di kawasan kerja serta papan tanda yang diletakkan di sekitar kawasan terbabit,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE