MBPJ dalam kenyataannya hari ini berkata, sebahagian Jalan Persiaran Barat akan ditutup pada Sabtu bermula pukul 3 petang hingga 11 pagi keesokannya untuk memberi laluan kepada kerja persiapan tempat pelepasan.

Sementara itu sebahagian daripada Jalan Timur ditutup bermula pukul 5 petang pada hari Sabtu dan dibuka semula pada hari Ahad selepas pukul 11 pagi.

“Penutupan secara berkala melibatkan Jalan Timur, Jalan Sultan, Jalan Barat, Jalan Utara, Jalan Penchala, Jalan 229, Jalan Baiduri Ss 1/22, Jalan Ss 1/36, dan Jalan Harapan.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan mengikut arahan laluan daripada pihak polis trafik Petaling Jaya dan sentiasa bersedia sepanjang acara itu berlangsung,” menurut kenyataan tersebut. - UTUSAN ONLINE.