‘The Rise Superbrain Computing’ yang menjadi pilihan tajuk bapa kepada tiga anak itu berjaya menambat hati juri.

“Saya sangat teruja mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa yang akan diadakan di The Times Cheltenham Science Festival United Kingdom pada 6 dan 7 Jun ini,” katanya.

Kemenangan ini membolehkan Zaid membawa pulang wang tunai RM3,000 dan berpeluang melawat makmal penyelidikan Kesatuan Eropah menerusi tajaan Euraxess.


Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT), Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman; Pengarah British Council Malaysia, Sarah Deverall; Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan, Dr. Habibah Abdul Rahim dan Pengarah Program Petrosains, Kamaruddin Kassim. - UTUSAN ONLINE