Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah sekiranya penganjur ingin mengadakan pesta tersebut tetapi dengan syarat di tempat yang tertutup.

“Keputusan kementerian adalah tetap. Saya tidak kisah kalau hendak buat di negeri lain tetapi bukan di ibu negara dan Putrajaya memandangkan keselamatan masyarakat di sini perlu dijaga serta diambil peduli.

“Kita juga tertakluk di bawah Seksyen 76, Akta Eksais 1976 atas kesalahan menjual minuman keras yang memabukkan tanpa lesen. Lagipun pihak kami tidak pernah mengeluarkan surat rasmi membenarkan pesta itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Galeri Jualan M Centura di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE