Pengerusi Suruhanjaya Air Negara (SPAN), Charles Santiago berkata, setiap manusia berhak menikmati air yang selamat dan bersih.

“SPAN terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk membersihkan sungai tercemar dan kejadian sebelum ini seharusnya dijadikan iktibar kepada semua pihak.

“Selain itu, rumah kediaman dan bangunan komersial digalakkan untuk menggunakan produk cekap air bagi menggelakkan pembaziran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE