Abd. Hamid Hussain

Yang Dipertuanya, Abdul Hamid Hussian berkata, tindakan itu berikutan peniaga didapati melanggar syarat yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan itu termasuk tidak mempunyai lesen.

“Sebanyak 13 pengusaha ‘food truck’ dan 170 peniaga ‘car boot’ dikenalpasti beroperasi di tapak berkenaan sejak awal tahun ini.

“Aktiviti itu menyebabkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak selain mengganggu premis berlesen menjalankan perniagaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE