Setiap kali hujan, perniagaan mereka akan terjejas teruk kerana kehilangan sebahagian besar pe­langgan yang tidak mahu masuk ke ruang bazar ber­­kenaan.

Itulah yang diluahkan oleh peniaga-peniaga di tapak bazar berkenaan.

Utusan Malaysia, difahamkan masalah yang dihadapi golongan peniaga di situ sudah beberapa kali diajukan kepada pihak berkuasa tetapi seperti tidak diendahkan.

Lebih memburukkan keada­an, masalah bumbung berlubang itu menyebabkan curahan air sehingga membanjiri tapak bazar.

Ditambah dengan masalah saluran air yang kurang sem­purna, air hujan kerap bertakung dan menyebabkan tem­pias yang kuat di tapak perniagaan berkeluasan 800 meter persegi itu.

Menurut aduan peniaga, sa­lah satu daripada beberapa bahagian bumbung yang rosak berlaku pada tahun lalu akibat kebakaran.

Berikutan masalah yang ti­dak di­selenggara itu, peniaga menyuarakan kebimbangan pen­­dapatan mereka dan keselamatan pe­ngunjung terjejas.