Pengerusi Persatuan Pemborong dan Peniaga Kecil Pasar Borong Kuala Lumpur, Abdul Aziz Mohd. Alias berkata, selepas diarahkan berpindah ke tapak jualan sementara oleh DBKL kira-kira tiga tahun lalu, golongan peniaga di situ masih tertanya-tanya bilakah pembinaan pasar baharu yang dikatakan memakan masa dua tahun akan siap.

“Sehingga kini langsung tiada bayang-bayang menunjukkan pasar tersebut akan dibina. Perkara ini telah diajukan kepada DBKL namun kami masih belum menerima sebarang jawapan mengenainya.

“Sampai bila peniaga mahu berniaga di tapak sementara yang sempit dan tidak selesa bahkan kami juga seringkali berhadapan dengan masalah terputus bekalan air,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE