Bendahari Majlis Masjid India, Hishamudin Ubaidulla berkata, tindakan tersebut wajar dihentikan kerana menjejaskan perniagaan pemilik premis selain menyebabkan longgokan sampah sarap di kawasan berkenaan.

“Saya terkilan dengan tindakan DBKL yang berdiam diri tanpa mencari penyelesaian sedangkan masalah ini sudah berlarutan sejak 20 tahun yang lalu.

“Oleh itu, kami menyarankan agar semua gerai berkenaan dialih keluar ke tempat lain yang lebih sesuai seperti di Jalan Raja Laut berhadapan pejabat DBKL kerana jalannya lebih lebar,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Ameer Ali Mydin dan Pengarah Urusan Maroz Trailoring Sdn. Bhd., Datuk Maideen Kadir Shah. - UTUSAN ONLINE