Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, lebih memburukkan keadaan apabila sisa minyak turut dibuang ke dalam longkang sehingga mengakibatkan sistem perparitan dan kumbahan tersumbat.

“Keadaan persekitaran di situ bertambah teruk apabila air longkang melimpah keluar ke jalan raya apabila hujan lebat ekoran sistem perparitan yang tersumbat. Selagi sikap mereka (peniaga) tidak berubah, masalah ini tidak akan selesai dan berlarutan.

“Bagaimanapun, Dewan Ban­da­raya Kuala Lumpur (DBKL) de­ngan kerjasama Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) akan memastikan kerja-kerja pembersihan dilaksanakan secara berkala agar masalah tersebut tidak berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika mengadakan lawatan bersama pihak DBKL di medan selera terbabit baru-baru ini.

Menurut Ahmad Fauzi, para peniaga di situ digesa supaya menjaga dan mempunyai kesedaran terhadap aspek kebersihan gerai mereka demi keselesaan pengunjung.