Daripada iklan pinjaman wang, ubat kuat, sehinggalah perkhidmat tusen di rumah turut ditawarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Tinjauan Utusan Malaysia se­kitar Lembah Klang termasuk di Negeri Sembilan dan Melaka baru-baru ini mendapati ke-giatan ini masih sukar dikekang malah kebijaksanaan strategi mengiklankan perkhidmatan ma­hupun produk seolah-olah me­reka kebal daripada tindakan un­dang-undang.

Di sekitar ibu negara, tiang-tiang lampu dan jejambat di Jalan Ampang dan Jalan Lingkaran Te­ngah 2 (MRR2) antara yang teruk ‘ditawan’ poster dan grafiti haram.

Jika sebelum ini hanya kertas atau poster ditampal, kini mereka semakin berani menggunakan cat kekal bagi mengelakkan operasi pembersihan dilakukan.

Sementara itu, tinjauan di se­kitar bandar Seremban mendapati, kegiatan itu turut berlaku di be­berapa lokasi utama walaupun jumlahnya tidak banyak seperti sebelum ini.

Utusan Malaysia difahamkan, operasi berterusan oleh pihak pe­nguat kuasa Majlis Perbandaran Seremban menurunkan iklan ha­ram sama ada dalam bentuk pos­ter dan pelekat menjadi faktor utama kegiatan itu berkurangan.

Situasi sama turut berlaku di pusat bandar raya Melaka dan di Alor Gajah, tetapi masih terkawal.

Difahamkan, penguatkuasaan yang dilakukan oleh PBT di ne-geri ini agak agresif menyebabkan agak sukar untuk melihat kebanjiran iklan haram.

Bukan menidakkan usaha yang diambil PBT lain, namun isu ini perlu ditangani secara lebih tuntas dan sehabis-habisnya.

Tindakan tegas dan proaktif perlu diambil pihak berwajib se­bagai langkah mengelak daripada orang ramai terlibat dalam ma­salah sosial dan jenayah seper­ti ceti haram dan pelacuran.