Bangunan yang didiami ratusan penduduk sejak hampir 30 tahun lalu itu dihantui pelbagai masalah ekoran kegagalan Badan Pengurusan Bersama (JMB) me-lakukan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas perumahan tersebut.

Tinjauan Skuad Terjah ke kawasan perumahan itu hari ini mendapati, pokok-pokok setinggi empat meter tumbuh meliar di sekeliling kawasan kediaman termasuk di bahagian bumbung.

Penduduk mendakwa, kebimbangan mereka semakin bertambah apabila menjelang malam ekoran keadaan persekitarannya yang gelap-gelita.

Ini berikutan kesemua lampu koridor dan lampu jalan di kawasan perumahan itu tidak berfungsi.

Berdasarkan pemerhatian sam­pah sarap turut didapati berteraburan di sana-sini sehi­ngga men­jejaskan persekitaran yang se­dia suram.

Hampir 70 peratus bumbung bangunan kediaman di perumahan itu rosak teruk.

Selain itu terdapat lebih 30 unit rumah terutama di aras tiga, empat dan lima bangunan dua blok itu didapati kosong dan dibimbangi menjadi sarang aktiviti jenayah dan tidak bermoral.

Lebih memburukkan keadaan, unit rumah kosong pula dipenuhi sampah-sarap manakala besi paip dan cermin tingkap dicuri.

Penduduk mendakwa, sebelum itu kawasan perumahan di situ diuruskan kontraktor luar.

Sepanjang tempoh itu flat berkenaan diurus dengan baik, sehingga kontrak mereka ditamat dengan alasan penghuni gagal menjelaskan yuran penyelenggaraan.

Difahamkan, masalah yuran tertunggak di perumahan itu di-sebabkan hampir separuh daripada keseluruhan penghuni terdiri daripada warga asing.

Sehubungan itu, penghuni warga tempatan menuntut keprihatinan pihak berwajib ter­utama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk campur tangan dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi mereka.