Kewujudannya dalam pasaran sebagai aksesori tambahan motosikal mungkin belum cukup popular ketika ini namun bagi Azrul Shah Mohd Salleh, alat penghadang hujan yang dimilikinya ternyata mempunyai kelebihan yang tersendiri.

“Alat penghadang hujan ini diimport dari Thailand dan saya membelinya ketika bercuti di Pengkalan Kubor, Kelantan dan kebiasaannya, saya hanya menunggang di sekitar kawasan perumahan.

“Hal ini kerana saya bimbang spesifikasi tersebut belum boleh digunakan di pusat bandaraya dan lebuhraya atas faktor-faktor tertentu,” katanya yang ditemui baru-baru ini di Taman Salak Jaya, Cheras. - UTUSAN ONLINE