Program yang dijayakan dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) serta beberapa agensi kerajaan dan swasta itu bertujuan menarik minat pelancong luar negara untuk belajar tentang budaya serta khazanah warisan negara .

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kemententerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia Saraya Arbi berkata, selain itu ia bertujuan menarik dan meningkatkan jumlah pelancong asing serta mengukuhkan lagi hubungan antara agensi dalam mempromosikan produk pelancongan.

“Sepanjang program ini peserta dibawa melawat tiga buah muzim iaitu Muzium Tekstil Negara, Muzium Diraja dan Muzium Negara bagi memberi pengalaman baharu kepada peserta untuk belajar tentang adat dan budaya negara dari aspek tarian, pakaian serta makanan tradisional,” katanya kepada Utusan Malaysia yang turut sama menyertai program tersebut.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Datuk Kamarul Baharin A. Kasim dan Timbalan Ketua Pengarah Permuziuman Jabatan Muzium Malaysia Mohd Azmi Mohd Yusof.

Sepanjang program berlangsung peserta terutama pelancong dari luar negara didapati sangat teruja sekali.

Mereka bukan sahaja dapat melihat seni warisan dan budaya masyarakat di Malaysia, tetapi turut diberi peluang memakai pakaian serta menikmati hidangan seperti nasi lemak.

Rata-rata peserta yang ditemui menyifatkan program itu memberi pengalaman cukup berharga dan sukar dilupakan oleh mereka.