Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penduduk rayu kekal Madrasah Tarbiyah

Satu-satunya rumah ibadat orang Islam untuk PA Seri Sabah

Aziz Wahab (tiga dari kiri) bersama ahli Persatuan Penduduk PA 2
Aziz Wahab (tiga dari kiri) bersama ahli Persatuan Penduduk PA Seri Sabah menunjukkan memorandum bantahan cadangan perobohan Madrasah Tarbiyah selepas perbincangan khas tertutup di Menara DBKL 1, Kuala Lumpur, baru-baru ini. utusan/ FAISOL MUSTAFA

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Kariah Madrasah Tarbiyah Kilometer 6, Jalan Cheras dan penduduk Perumahan Awam (PA) Seri Sabah, Cheras, di sini, membantah tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mahu merobohkan kemudahan surau berkenaan.

Pengerusinya, Aziz Wahab berkata, bantahan dibuat kerana DBKL membuat keputusan tanpa mengambil kira panda­ngan ahli kariah serta penduduk setempat yang menggunakan surau berkenaan sejak 35 tahun lalu.

“Kami kecewa dengan tindakan DBKL yang membuat keputusan tanpa berunding meskipun tiga surat bantahan telah dikemukakan sejak Mei lalu.

“Namun sehingga kini kami masih belum mendapat maklum balas mahupun pertimba­ngan DBKL seolah-olah mereka mengetepikan suara penduduk yang menggunakan surau ber­kenaan,” katanya.

Beliau ditemui bersama wakil penduduk dan ahli jawatankuasa surau bagi membincangkan permohonan mengekalkan kemudahan tersebut daripada dirobohkan.

Menurut Aziz, kawasan mad­rasah yang terletak bersebelahan dengan Kompleks Belia Bandaraya itu akan dibina de­ngan kondominium mewah dan penduduk memohon jasa baik semua pihak agar mempertimbangkan rumah ibadat itu untuk dikekalkan.

Tambahnya, pembangunan projek mega tidak dihalang namun ini adalah satu-satunya tempat umat Islam beribadat di kawasan perumahan ini.

“Malah, kami berharap kemajuan kawasan yang terlibat dengan pembangunan tidak menyentuh mana-mana sentimen agama khususnya agama rasmi persekutuan,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain