Pengerusi Madrasah Tarbiah Kilometer 6, Jalan Cheras, Aziz Wahab berkata, keputusan yang dibuat bagi memberi laluan kepada pembinaan kondominium mewah membuat penduduk setempat merasa pilu.

“Kami tidak menyangka bantahan yagn dibuat tidak dilayan dan tiada sebarang jawapan menyatakan punca DBKL menolak bantahan itu. Akhirnya, proses penjualan tanah itu dilakukan tanpa mengambil kira pandangan penduduk setempat khususnya pengguna surau berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu kira-kira 10 orang wakil penduduk dan ahli jawatankuasa surau hadir ke pejabat DBKL bagi membincangkan permohonan mengekalkan surau daripada diroboh.

Utusan Malaysia difahamkan, pemaju telah menawarkan pembinaan sebuah bangunan madrasah baharu yang lebih moden di lokasi berhampiran namun tidak sempat dibentangkan kerana penduduk enggan menerima sebarang cadangan lain.- UTUSAN ONLINE