Program anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Nilai itu turut disertai sukarelawan yang terdiri daripada pelajar Polikteknik Port Dickson.

Aktiviti itu bertujuan meningkatkan kebersihan di kawasan taman sekali gus mengeratkan hubungan dan permuafakatan antara penduduk.

Pada program itu, SWCorp Negeri Sembilan turut melancarkan Program 3R pengumpulan pakaian terpakai untuk penduduk sekitar Taman Bandar Seri Sendayan. - UTUSAN ONLINE