TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR

Menteri Wilayah Per­­sekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah itu bagi mengelakkan kende­raan mereka dikenakan tindakan kompaun atau disita.

Menurutnya, kawasan tersebut diwartakan sebagai parkir berbayar kerana pihak pemaju sudah menyerahkannya kepada pihak berkuasa tempatan.

“Setiap pemaju perlu menyediakan kemudahan itu kepada penghuni bangunan khususnya di bangunan rumah kedai kerana ia adalah keperluan asas, namun tidak semua pemaju berbuat demikian.

“Tiada yang percuma, memang kena bayar sebab sudah diwarta dan penduduk boleh memohon pas bulanan antara RM120 hingga RM150,” katanya ketika ditemui se­lepas melancarkan Projek Rica Residence di Sentul di sini.

Beliau mengulas me­ngenai keluhan pe­­nghuni di beberapa kawasan perumahan komersial di ibu negara apabila kenderaan mereka dikompaun dan disita DBKL baru-baru ini meskipun mendiami kediaman itu sejak 20 tahun lalu.

Dalam perkembangan sama, Tengku Adnan berkata, projek Rica Residence di Sentul dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM280 juta itu sudah mencapai 70 peratus jualan unit dengan harga permulaan ditawarkan RM600 sekaki persegi.

“Sementara binaan kediamannya pula adalah di antara 657 kaki persegi hingga 1,238 kaki persegi meliputi pelbagai jenis susun atur termasuklah studio dengan dua bilik dan dua pintu.

“Projek ini menjadi pilihan warga kota disebabkan lokasinya strategik terletak lima kilometer dari KLCC selain menjadi akses pengangkutan awam Transit Aliran Massa 2 (MRT2) Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP),” katanya.

Projek hartanah kediaman sulung syarikat itu melibatkan pembinaan bangunan 39 tingkat yang menempatkan sebanyak 473 unit kediaman.