Tiada siapa yang mahu berhadapan dengan masalah tersebut kerana ia memberi seribu kepayahan kepada pengguna selain menyebabkan risiko kemalangan.

Namun, sebesar mana pun kebimbangan disuarakan, permasalahan ini tetap berlaku di Jalan Ara, Bangsar, di sini, yang menyaksikan pelbagai jenis penyakit kerosakan jalan raya ditemui sepanjang jalan tersebut.

Selain tampalan tidak kualiti, keadaan jalan yang pecah, merekah dan berlubang sehingga menjangkau hampir 10 meter mengundang kegusaran dan kesengsaraan orang ramai terutama penduduk Bangsar.

Difahamkan, masalah itu juga disebabkan faktor cuaca dan pihak kontraktor yang sudah lama tidak melakukan turapan baharu menyebabkan jalan itu kelihatan usang, buruk dan hodoh.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu segera membaik pulih insfratruktur awam itu, sekali gus meyakinkan orang ramai tentang kewibawaan pihak berkuasa tempatan dalam menjalankan tanggungjawab kepada masayarakat. - UTUSAN ONLINE