Abdul Ghani Mohd. Yussuf

Tinjauan ke PPR Seri Aman mendapati rata-rata penduduk sibuk menyelesaikan beberapa urusan jual beli dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Salah seorang penduduk, Abdul Ghani Mohd. Yussuf, 55, berkata, penantiannya selama dua dekat berbaloi apabila ditawarkan kediaman baharu yang lebih selesa.

“Peluang memiliki rumah PPR Seri Aman pada harga di bawah harga pasaran itu umpama mimpi kerana ditawarkan pada harga RM35,000 dengan keluasan 550 kaki persegi.

“Gembira dan syukur walaupun terpaksa menunggu sedikit lama namun dengan apa yang ada depan mata ini cukup membahagiakan kami sekeluarga,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui.

Bagi M. Dorisamy, 53, berkata, tidak dapat digambarkan rasa gembiranya apabila dapat berpindah ke kediaman baharu serba lengkap itu dan baginya ini adalah bukti kerajaan menetapi janji.

Dia yang kini menguruskan urusan dokumen dengan DBKL, berasa selesa kerana kemudahan asas serba lengkap disediakan di kediaman barunya itu. - UTUSAN ONLINE