POSTER acara Larian Untuk Insurans 2019. - UTUSAN ONLINE

Acara sukan itu mempertaruhkan empat kategori iaitu lima kilometer (km) keluarga, lima km terbuka individu lelaki, lima km terbuka individu wanita dan 10km terbuka lelaki, senior lelaki, wanita dan senior wanita.

Orang ramai yang berminat mengambil bahagian dalam acara tersebut boleh mendaftar melalui http://www.racexasia.com/event/run-for-insurance-2019/.

Untuk pendaftaran awal yang mula dibuka esok sehingga 6 Mei ini, yuran sebanyak RM65 dikenakan bagi kategori 10km manakala RM50 dan RM160 masing-masing bagi kategori lima km individu dan keluarga. - UTUSAN ONLINE