Menurut kenyataan AWETA, penyertaan tersebut terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Kapsul masa itu telah ditanam oleh Ekspeditor Negara, Dr. Sharifah Mazlina Abd. Kadir pada 2004. Oleh itu, mereka berminat boleh hadir ke sesi penerangan dan saringan awal di Kuala Kubu Bharu pada 18 November ini.

“Program ini dijalankan serentak dengan Karnival Sihat Selangor yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS),” demikian menurut kenyataan itu hari ini.

Sebarang pertanyaan boleh layari www.mdhs.gov.my dan maklumat lanjut berkaitan pencarian Ratu Ais boleh hubungi sekretariat AWETA di talian 03-5511 1670. - UTUSAN ONLINE